Yanee dah...Anda bile lg 😘
Copy paste dari resepi yg Aznie share...tQ Pd tuan punyer resepi 😘
🥀PASTRY FRUIRT
♥Bahan♥
------------------
100g butter
160g gula halus (Aznie bubuh 130g je)
3 biji telur ayam (A @ B )
210g tepung gandum. }ayak
1 s/k baking powder. }ayak
1 s/t Vanila flovor
1 s/t Lemon zest / kulit oren
100g sourcream / yogurt
***buah2 segar.. Seperti strawberry, blue berry, buah peach. (aznie guna yg dlm tin je..yg segar mahal beno) --pastikan buah2an ditoskan dahulu ye.. XNak ada air...
♥Cara♥
---------------
Zarww▶pastikan butter berada dalam suhu bilik. Tapi bukan lembik dan juga bukan keras. Yang sedang-sedang saja. Pukul ngan gula caster hingga creamy..
▶pukul hingga kembang juga creamy dan menjadi sedikit putih..
▶masukkan telur satu persatu.. Sambung pukul perlahan- lahan hingga telur hilang dari pandangan.. Jangan over beat masa ni...
▶masukkan vanila flovor juga lemon zest.. Pukul lagi ..
▶masukkan bahan kering yg telah diayak tadi sedikitdemi sedikit sambil dipukul hingga sebati..
▶Akhir sekali masukkan sourcream @ yogurt... Pukul sebati (aznie gaul guna spatula je)
▶masukkan adunan kedalam loyang 8' yang telah digris dan dilapik dengan parchment paper... Pastikan oven dipanaskan terkebih dahulu..
▶kemudian susun la buah2an pilihan masing-masing dan tidak 'watery'...
▶Kemudian bakar pada suhu 160' selama 45 minit.. Guna api atas bawah..
▶cucuk dengan lidi/ cake tester untuk pastikan kek dah masak... Sejukkan kejap baru diletakkan diatas papan kek..
▶untuk dokorasi bole dust dengan snow powder.. Ia akan tahan lama berbanding icing sugar.. Dan xlarut dalam kek..
▶Siap.. Bole la dihidangkan..
*** aznie bakar pada suhu 180' selama 50 minit.. Kemudian tukar api bawah je dan bakar kek lagi dlm 5-10 minit..
*** aznie baru perasan yang resepi ni buah2 xde gaul ngan gula macam sesetengah resepi... Sebab klu buah digaul ngan gula buah akan jadi berair.. Tu salah satu sebab kenapa buah korang tenggelam skit.